SOFA “KULIT” MENGELUPAS…? PELIK…!!

Pernah alami situasi Sofa “Kulit” anda mengelupas sehingga kelihatan hodoh? Mana mungkin sofa “kulit” yang anda beli boleh mengelupas kulitnya dan kelihatan tidak berkualiti sedangkan semasa waktu membeli sofa dahulu si penjual memberitahu anda sofa “kulit” itu Fully Leather atau bahan kulit.

Ketahuilah bahawa Fully Leather sofa bukan bermaksud sofa tersebut diperbuat dari material kulit asli 100 peratus.

FULLY LEATHER
Terma Fully Leather adalah merujuk kepada peratusan sofa dibalut dengan materialnya. Secara am, Fully Leather sofa bermaksud, sofa yang dibalut secara keseluruhan permukaannya (melainkan bahagian bawah sofa) dengan material kulit.

HALF LEATHER
Manakala Half Leather bermaksud, hanya permukaan depan, tempat sandar dan tempat duduk dilitupi dengan bahan kulit. Manakala di bahagian tepi dan belakang sofa dibalut dengan bahan PU atau kulit sintetik.Seperti yang diterangkan di awal tadi, sofa Fully Leather masih bukan menjustifikasikan bahawa sofa tersebut menggunakan KULIT ASLI atau GENUINE LEATHER. Kerana terdapat banyak jenis kulit yang berada dipasaran.

JENIS KULIT DAN KUALITI
Nah, di sini lah ramai pengguna yang tersilap paham berkaitan kualiti leather. Kulit yang baik adalah KULIT ASLI iaitu, kulit yang tidak bercampur dengan bahan lain seperti bahan kimia, getah ataupun addictive. Ianya dikenali sebagai KULIT ASLI ataupun GENUINE LEATHER. Kulit asli yang di campurkan warna / dye color dikenali sebagai ANILINE LEATHER. Ianya kulit yang bermutu tinggi, tahan lama dan mempunyai texture asli.

Terdapat banyak bahan kulit yang bukan dari kulit asli tetapi disebut juga sebagai kulit. Contohnya Casa Leather, Bonded Leather, Roll Leather, Stamp Leather, Sintetik leather yang mutunya lebih jauh rendah, murah dan hanya kelihatan cantik pada masa yang singkat akibat ketidaktahanan mutu kualiti kulitnya.

Di ROYALE CHESTERFIELD, semua sofa-sofa kami menggunakan hanya KULIT ASLI atau GENUINE LEATHER kerana kami amat mementingkan KUALITI, KETAHANAN DAN GAYA sofa sofa CHESTERFIELD kami. Ini kerana kami percaya dan kami telah membuktikan bahawa sofa ROYALE CHESTERFIELD kami mampu kelihatan anggun, kukuh dan berkilat walaupun setelah 10 tahun lamanya.

Tepuklah dada, taya lah kemampuan dan selera anda. Alah Membeli Memang Memakai. Buy Once, Buy Good. Belilah yang Asli kerana ianya KEPUASAN SEJATI.

ROYALE CHESTERFIELD
ARA DAMANSARA – 0123400855

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *