8 SEBAB KENAPA ANDA HARUS MENGUNJUNGI EKSPO DAN PAMERAN PERABOT

Syukur Alhamdullilah kerana dengan izin dan kemudahan dariNya, team ROYALE CHESTERFIELD telah, sedang dan akan sentiasa berusaha untuk memperkenalkan produk dan servis kami melalui ekspo-ekspo yg kami sertai di dalam Malaysia dan juga di luar negara. Walaupun penyertaan ROYALE CHESTERFIELD di ekspo-ekspo yg dianjurkan bukanlah mudah dan murah kosnya, namun menjadi komitmen kami untuk sentiasa mendekatkan perniagaan kami kepada para pelanggan dan bakal pelanggan kami.

Melalui artikel ini, kami kongsikan –

8 ALASAN UTAMA, KENAPA ANDA HARUS MENGUNJUNGI EKSPO DAN PAMERAN PERABOT

1. KENALI ROYALE CHESTERFIELD DI ALAM NYATA

Hampir disetiap ekspo yang disertai oleh team ROYALE CHESTERFIELD, maklum balas yg sering kami dengar dari para pengunjung ekspo ialah mereka menyangkakan ROYALE CHESTERFIELD hanyalah Peniaga Atas Talian atau Online Seller. Kerana kebanyakkan pelanggan-pelanggan terutama di luar Lembah Kelang mengenali ROYALE CHESTERFIELD melalui posting-posting di halaman Facebook , Instagram dan Website kami.

ROYALE CHESTERFIELD sememangnya aktif mempromosikan produk dan servis kami melalui media sosial, namun kami bukan Peniaga Online semata-mata kerana ROYALE CHESTERFIELD mempunyai Galeri Pameran di Ara Damansara dan Bukit Jelutong (mulai September 2017). Kami juga menghasilkan produk kami sendiri di kilang kami di Shah Alam.

Lokasi Galeri Royale Chesterfield

Kunjungilah ruang pameran kami di ekspo-ekspo yg kami sertai untuk anda berpeluang mengenali team ROYALE CHESTERFIELD dan produk-produk yg kami hasilkan dengan lebih dekat di alam nyata.

2. JIMAT…. KAMI DATANG KE PELANGGAN KAMI

Kebanyakkan ekspo yg disertai oleh team ROYALE CHESTERFIELD adalah ekspo yg dianjurkan di luar Lembah Kelang. Kerana kami amat memahami kekangan masa, belanja dan jarak yg perlu ditempuhi oleh pelanggan-pelanggan kami yg berada di luar Lembah Kelang sekiranya mereka mahu ke Galeri Pameran kami.

Ambilah peluang yg terbaik untuk melawati ruang pameran kami di mana mana ekspo yg ROYALE CHESTERFIELD sertai. Bukankah ia lebih menjimatkan dan memudahkan?

3. KUALITI, KUALITI, KUALITI…!!

Di ekspo-ekspo yg kami sertai, pelanggan-pelanggan ROYALE CHESTERFIELD berpeluang untuk melihat, memeriksa dan menilai kualiti produk, kualiti hasil kerja (workmanship) dan material yg kami gunakan secara lebih dekat berbanding dengan hanya melihat posting dan gambar produk kami di dalam media sosial. Inilah peluang yang sangat penting kepada para elanggan untuk membantu mereka membuat keputusan sebelum mereka membeli. Secara lansung ia juga sangat penting untuk meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk ROYALE CHESTERFIELD.

Pelanggan berbincang mengenai design, material dan melihat contoh produk Royale Chesterfield

4. PERBANDINGAN PRODUK

Ekspo merupakan tempat dan masa terbaik untuk para pelanggan membuat perbandingan produk, harga dan kualiti kerana di ekspo ekspo, terdapat beberapa produk yang hampir serupa turut dihasilkan oleh peniaga peniaga lain. Ia bukan sahaja memudahkan tetapi menjimatkan masa para pelanggan kerana banyak produk boleh dibandingkan sewaktu ekspo berlansung di tempat yg sama.

Ekspo Perabut Antarabangsa

5. HARGA ISTIMEWA

Kebanyakkan pelanggan Royale Chesterfield yg pernah berbelanja di ekspo ekspo yg kami sertai, pasti akan datang dan mengunjungi kami lagi bagi mendapatkan Harga Istimewa sewaktu ekspo. Harga Istimewa ini sangat terhad dan kami hanya menawarkan waktu ekspo berlansung bagi menjimatkan para pelanggan sewaktu berbelanja.

Promosi Harga Royale Chesterfield

6. BERBELANJA SAMBIL MEMENANGI HADIAH

Bukan semua ekspo disertai oleh ROYALE CHESTERFIELD. Kerana kami hanya memilih dan menyertai ekspo yg dianjurkan oleh penganjur penganjur yg berkemampuan untuk menawarkan pelbagai hadiah, harga promosi dan insentif menarik kepada para pengunjung dan pembeli. Hampir kebanyakkan pelanggan yg membeli di ekspo yg kami sertai, bukan sahaja berbelanja untuk mendapatkan sofa idaman mereka di ROYALE CHESTERFIELD tetapi juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah, cabutan nombor bertuah di samping tempat penganjuran ekspo yg baik dan selesa.

Contoh Tawaran Hadiah Yg Di Sediakan Oleh Penganjur Ekspo

7. PILIHAN MATERIAL & DESIGN

Di ekspo yg kami sertai, inilah peluang terbaik untuk pelanggan-pelanggan ROYALE CHESTERFIELD terutamanya yg berjauhan dengan Galeri Pameran kami berpeluang untuk merasai, melihat secara dekat dan seterusnya memilih material serta design pilihan mereka.

Berbeza dengan pembelian secara online, pelanggan hanya dapat melihat dan memilih material melalui gambar yg kami sertakan di atas talian.

Pelanggan memilih material di ekspo sebelum membuat keputusan membeli

8. ANDA SOAL, KAMI JAWAB

Selain berpeluang memperkenalkan produk dan perniagaan ROYALE CHESTERFIELD kepada pelanggan sewaktu ekspo berlansung, pengalaman bertemu dengan para pelanggan merupakan perkara yg sangat ditunggu-tunggu oleh kami. Inilah peluang terbaik untuk para pelanggan dan team ROYALE CHESTERFIELD bersoal jawab mengenai produk yg kami hasilkan. Di samping itu, kami juga berpeluang mendengar maklum balas, cadangan dan idea-idea baru dari para pelanggan supaya kami dapat memperbaiki mutu produk dan service kami.

Pengunjung Royale Chesterfield di HOMEDEC KLCC 2016

ROYALE CHESTERFIELD
https://royalechesterfield.com/

Nah, tunggu apa lagi. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi ekspo ekspo yang team ROYALE CHESTERFIELD sertai di lokasi-lokasi berhampiran anda dan ambilah peluang terbaik untuk merealisasikan SOFA IMPIAN anda bersama kami.

Kepada para pelanggan kami yg sentiasa menyokong dan menemui kami sewaktu ekspo berlansung, TERIMA KASIH dan kami sangat hargai masa, pandangan serta maklum balas yg dikongsikan bersama kami untuk kami perbaiki dari masa ke semasa dan lebih berjaya di masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *