4 TIPS MUDAH PENJAGAAN & PEMBERSIHAN SOFA VELVET

Kain velvet atau baldu pada sofa sangatlah cantik apatah lagi dengan pilihan warnanya yang lembut dan berkilat menyerlahkan ciri ciri mahal dan gaya mewah sesebuah sofa di ruang tamu kediaman.

Bagi penggemar sofa gaya CHESTERFIELD, kain velvet atau baldu merupakan material fabrik pilihan utama bukan hanya kerana warnanya yang cantik dan anggun tetapi kesan atau effect sofa berbutang pada kain velvet menjadikan sofa gaya CHESTERFIELD kelihatan lebih ekslusif dan mewah.

Di ROYALE CHESTERFIELD, hampir keseluruhan pelanggan kami memilih sofa, kerusi makan dan kepala katil mereka yang diperbuat dari kain velvet. Terdapat banyak pilihan warna, jenis dan kekemasan kain velvet yang boleh dipilih oleh para pelanggan. Bagi menjamin kualiti dan ketahanan sofa, kain velvet di ROYALE CHESTERFIELD adalah kain velvet khusus untuk pembuatan sofa (upholstery fabric) dan bukannya kain velvet biasa atau kain velvet digunakan untuk membuat langsir atau alas hiasan yang lebih rendah mutunya.

Terdapat banyak juga pertanyaan dan concern dari para pelanggan mengenai kain velvet, namun sebenarnya penjagaan dan pembersihan sofa CHESTERFIELD yang diperbuat dari kain velvet adalah sangat mudah dan ringkas.

DI SINI, KAMI KONGSIKAN 4 TIPS PENJAGAAN DAN PEMBERSIHAN KAIN VELVET UNTUK SOFA, KERUSI MAKAN DAN KEPALA KATIL DI KEDIAMAN ANDA.

1. KETAHUI JENIS KAIN VELVET KEPUNYAAN ANDA.

Sebelum melakukan kerja kerja pembersihan dan penjagaan kain velvet, ketahuilah jenis jenis kain velvet yg di gunakan untuk pembuatan sofa anda.

Di ROYALE CHESTERFIELD, kami mempunyai banyak jenis kain velvet terdiri dari sutera, rayon, cotton dan polyester. Untuk kebanyakkan pembuatan sofa, kami mengunakan kain velvet yang terdiri dari kain campuran cotton dan polyester. Ia adalah lebih mudah untuk menjaganya, boleh di lakukan sendiri berbanding kain velvet sutera. Kain sutera atau rayon velvet memerlukan penjagaan rapi dan hanya boleh dilakukan oleh khidmat pembersihan profesional.

2. PENJAGAAN DAN PEMBERSIHAN KAIN VELVET MENGGUNAKAN PEMBERSIH / PENCUCI UPHOLSTERY

Pencuci Upholstery boleh diperolehi dari kedai-kedai DIY. Sebelum menggunakan Pencuci Upolstery, uji bahan pencuci pada kawasan kain velvet yang terlindung, seperti bahagian belakang atau bahagian bawah sofa. Pastikan pencuci upholstery tidak merosakkan kain velvet samada dengan memudarkan warnanya atau kualiti kain velvet. Sewaktu kerja kerja pembersihan, gunakan pencuci dan span lembut sambil lap ke permukaan kain velvet dengan dengan berhati hati. Selepas ia bersih, pastikan vakum dan lap dengan kain kering beberapa kali untuk memastikan baldu kelihatan kemas.

3. KAEDAH PEMBERSIHAN KAIN VELVET CARA LEMBAB.

Jika terdapat bahan makanan atau cecair tertumpah ke kain velvet, bersihkan kawasan yg terkena kotoran tersebut dengan dengan tuala basah atau kain kertas. Pastikan tiada makanan atau serpihan yang tertinggal dikain tersebut. Campurkan sedikit sabun dan air dalam baldi, rendam kain di dalam air dan sapukan dengan perlahan ke permukaan kain velvet. Gunakan kain lembab untuk membuang kotoran sehingga ia hilang. Jangan gosokkan kain secara aggresive, kerana ia akan mencederakan kain velvet tersebut. Untuk mengeringkan kesan lembapan, gunakan pengering rambut atau kipas untuk mempercepatkan proses pengeringan.

4. KAEDAH PEMBERSIHAN KAIN VELVET CARA KERING

Satu lagi kaeadah pembersihan pada kotoran kain velvet ialah dengan kaedah pembersihan kering. Sekiranya terdapat kotoran cecair, gunakan tuala kertas atau kain lembut untuk menyerap cecair yg tertumpah pada permukaan kain. Sapukan pencuci kering (dry cleaning cleaner) ke span dan lapkan kotoran berulang kali dengan lembut. Biarkan pembersih kering sepenuhnya pada kain, dengan menggunakan pengering rambut atau kipas untuk mengeringkannya secepat mungkin. Gunakan berus yang lembut untuk merapikan kain velvet apabila ia sudah cukup kering.

MAHU SOFA CHESTERFIELD VELVET DENGAN PELBAGAI WARNA MENARIK DAN MEWAH UNTUK RUANG TAMU KEDIAMAN ANDA…?

ROYALE CHESTERFIELD
https://royalechesterfield.com/

Hubungi kami sekarang atau lawati shoroom kami atau ruang pameran ekspo kami pada bila bila masa untuk kediaman anda…!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *